Gua nak kutuk pun tak sampai hati, tapi lu tengok jer la gambar yang gua letak ni..

Lamputih cakap - Aku malas nak ulas. Jangan esok bila gagal salahkan orang lain ye pak menteri. Salah guru la, mak bapak la, tukang kebun sekolah la. Haram jadah!!
Gua amik point ini sebab ia adalah realiti yang berlaku pada semua penduduk di Malaysia. Gua dulu pun macam ni. Tapi gua cepat sedar. Kita sudah berada di zaman kemelesetan. Gua respek pada pak menteri yang cakap dekat media kata ekonomi kita masih boleh bertahan. Takda masalah. Dan masih lagi kukuh. Pala otak hang!!
Tahun lalu Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata dan sekarang hanya berada disekitar 800 mata. Jadi kesimpulan apa yang kita boleh buat? Ekonomi kita makin cargas?
Jangan dengar cakap cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat dari krisis ekonomi ini. Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis mana mungkin hanya Malaysia terselamat. Ini mustahil. Ini pembohongan.(tukartiub)
,
Jadi lupakan hal sehati berdansa, kisah kahwin yang kadang2 menyemakkan kepala, kisah shuffle atau skinny jeans, kereta apa yang nak dibeli akan datang,dll. Lupakan. Kita menyimpan mulai sekarang kerana hampir 30,000 orang telah dibuang kerja di Singapura. Kita tak tau bila lagi.
Lamputih cakap - Korang rasa ekonomi Amerika berapa lama lagi bertahan? Kalau diaorang jatuh, agak-agak sapa yang akan naik sebagai kuasa besar menggantikan Amerika? Jepun? China? Peranchis? Venezuela?.
Letaklah China yang akan naik. Bagaimana dengan polisi luar mereka pada negara-negara kelas ketiga macam kita? Adakah kita masih lagi boleh bertahan?
Orang dulu-dulu cakap yang kehidupan ini umpama roda. Kadang-kadang di atas dan kadang-kadang dibawah. Yer tak?
Harapan aku agar pemimpin-pemimpin kita lebih bijak menafsir kemungkinan yang akan berlaku lebih dari kita semua.