Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, May 4, 2009

Biarlah orang nak kata gua ketinggalan zaman sekalipun.

Lama gua merantau. Naik gunung turun gunung. Redah laut dan sungai. Sampai ke Sungai Sarawak nun. Takder kereta gua naik basikal. Basikal pancit gua naik lori. Tumpang lori sape-sape yang sudi tumpangkan gua. tapi jiwa gua tak putus asa. Tekad ni takkan sia-sia. Cuba hingga berjaya. Ada jugak masanya buaya kejar gua. Angin dia sebab gua kacau bini dia barangkali. Mata gua kena patuk dengan burung apa nama ntah. Luka parah tapi gua releks jugak. Takdalah gelabah tak tentu hala. Tenang sentiasa. Istiqomah pun ye jugak.

Musafir gua masuk bulan yang kedua. Bayang nak nampak apa yang gua hajat tak kunjung tiba. Api yang berkobar dalam badan mula surut. Duit, masa, tenaga banyak dah habis. Hampir pasrah jugak gua. Tiba-tiba..

makcik: wei, aku dapat dah apa yang ko nak. Nak aku belikan tak?
aku: Berapa?
makcik: 20 ringgit. Mahal jugak tapi paten ni yang ko nak. Nak tak?
aku: Boleh jugak. Isnin nanti aku bayar ye.
makcik: Ok..
aku: Tima kasih.

Haha.. Dapat jugak. Tak la jauh mana ngko lari ye pokok..

7 comments:

Firdaus said...

cilakak lu tak ada benda lain ke nak carik?

mrblind said...

rare tu..anak gua mengigil tengok..

apa gila gua nak letak atas dashboard kereta gua..tak racing la camtu..hahaha

Antusabun said...

blind - Haha.. letak atas dashbord mau pecah pasu dia. keta gua gigil kuat.

Apei-Unik ni wei. Lu carik tengok?.. haha

miss said...

nak satu...

Anonymous said...

Wa beli kat nat Kodiang 10 ringgit je..

roslanali said...

dia orang kata popular kat kelate, hari tu tengok kat padang besar rm8 je ... jauh la

Antusabun said...

memang murah kat utara. masalahnya aku kat selatan. tak berbaloi. pusing2 sama je