Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Thursday, May 21, 2009

Kemuncak drama SILVER.

Mungkinkah drama Perak akan sampai episod akhir hari ni? Atau mungkin juga hanya season finale aje? Maknanya lepas ni ada lagi episod baru yang lebih mendebarkan dan lebih menarik lalu membuatkan telinga, mata dan mulut penonton lebih bernanah dengan politik yang meleret-leret?

Walau apa pun, moga-moga ia akan berakhir dengan lebih baik. Walaupun asik hero aje yang kalah dari mula sampai sekarang (rasanya hero menang sekali aje), tapi selalunya hero menang last-last. Macam cerita drama lain-lain kat tv tu.

Terima kasih banyak-banyak pada pengarah dan penerbit yang bertungkus-lumus untuk menjayakan drama politik realiti ini. Tidak lupa juga pencipta skrip dan cameraman yang tak tido malam semata-mata untuk menjayakan drama terhebat alaf baru di negara ini. Moga-moga akan dapat award yang lebih banyak pada festivel drama-drama bersiri di tv.

Pada penonton yang menonton dari mula hingga kini, jangan lupa untuk hantarkan undian anda bagi memilih pelakon paling cemerlang seterusnya di nobatkan sebaris dengan pelakon Hollywood, Bollywood, Kollywood dan ntah apa-apa lagi la....

p/s sorry, gua termerapu...

1 comment:

apei said...

gua tak larat nak ikot, episod panjang sgt. ni baru season 1. mana tau penerbit nak buat season 2 plak.