Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, May 14, 2009

Gerombolan masih boleh di repair?

Kalau di ikut hukum alam rasanya agak mustahil. Lihat saja pendokongnya. Lihat saja peminatnya. Di kelilingnya adalah mereka yang berkepentingan. Betul atau tidak kita sesama terjemah.

Gerombolan di puncak kuasa. Maknanya sekarang dia yang berkuasa. Dia penentu arah dan dasar. Masakan yang tidak punyai kuasa boleh mengubahnya. Agak janggal jadinya nanti.

Kekuatan gerombolan adalah duit. Tanpa duit gerombolan lemah tidak berdaya. Jentera digerakkan dengan duit. Mungkin hanya sebilangan kecil punyai cinta suci dengan gerombolan tanpa bantuan kewangan namun kekuatannya tidak setara kekuatan milik lawannya.

Contoh terbukti boleh dilihat ketika PRK lepas. Mereka agak lumpuh ketika jeneralnya sibuk dengan pemilihan..

Bagaimana mahu diubatkan gerombolan? Hanya dengan satu cara. Jatuhkan gerombolan dulu. Ketika di bawah baru gerombolan akan kenal mana jiwa yang sejati menyintainya. Baru boleh gerombolan mula menyusun kekuatan baru.

Perlu..Tersangat perlu untuk anda jatuhkan gerombolan jika mahu ubat sakit panau gerombolan. Namun jika masih memujanya maka nantikan saat gerombolan tumbang.

Gerakan sudah jatuh namun penaungnya masih lagi gagah. Tapi gerakan sudah agak neutral..

Duit terlebih pun susah sebenarnya..

No comments: