Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, May 11, 2009

Melayu yang kasihan....

Kalau di tanya melayu isu Perak jawabnya aku dah malas dah nak layan politik-politik ni, bosan. Gaduh tak abis-abis. Kalau di tanya melayu isu bola sepak negara, jawabnya begitu juga. Bosan dan muak dengan kualiti, skandal pemain, rasuah... Kalau di tanya tentang hiburan pada cerdik pandai agama pun begitu jugak jawapannya.... Bosan, meluat, menyampah. Takkan ada penamatnya.

Sudahnya borak di kedai-kedai kopi adalah isu yang bangang. Tak mencambah minda. Kalau cina lebih sikit pandai pulak melenting tak tentu pasal. Harap diri nak berfikir luar kotak seakan mustahil. Gen pemalas nak berfikir dan tidak berani untuk bertindak adalah kelebihan melayu.

Seakan susah mahu bentuk melayu supaya menjadi maju. Yang dah senang atau canggih sedikit lebih selesa mengambil jalan selamat. Berdiam diri dan memenuhkan perut sendiri. Muka nak bantu bangsa sendiri takkan ada. Bantu segi idea pun pemalas. Apa jenis kutukan atau makian yang sesuai untuk melayu?

Alasan demi alasan puak-puak bangang ni beri. Tapi hanyalah alasan. Idea untuk mengubah atau mencegahnya tiada. Balik-balik orang yang sama.

Sudahnya kesianlah yang layak. Tengoklah lagi 20 tahun melayu di mana...

No comments: