Tahun ni paddock naik RM20 menjadikan RM50 sekali entry. What the hell. Penganjur betul-betul buat duit kali ni. Jadi dengan berat hati gua layan kat grand stand ajer la. Arghh... Pasni gua tido kat umah je la.. Cuma timer baru buat gua senyum skit la.
Lagi yang gua tak puas hati ialah bab kategori kereta yang bertanding. Kategori A boleh pulak kacuk 4WD dengan 2WD. Mana boleh blah. Bangang punya penganjur. Traction la kambing. Study la sikit sebelum nak buat event besar-besar macam ni. Buat malu negara aje. Dah la main kat Sepang. Tak pasal-pasal kereta Efini pakcik 3 rotor bungkus awal.
3Rotor ni weh.. Malang sebab kena masuk kategori A.
Gua rasa kereta ni kena bersara la. Asik lingkup aje. Wakjam, sila tukar kereta lain!!
***
Grandstand penuh. Paddock kira lengang gak la kalau macam dalam pic tu.
Lagi satu pejadah boleh ada kategori Campro. Benda ni dari tahun lepas gua tak puas hati. Kategori ni lembab la sayang. Laju plak lagi kancil turbo. Huuishh!!! Gua harap next 2 month ada la Exora yang masuk, baru gempak. Kahkahkah.....
***
Grandstand penuh. Paddock kira lengang gak la kalau macam dalam pic tu.
3 comments:
peh..best la lu..dekat dgn sepang..kancil turbo sapa menang woi..
sapo ntah. tak kenal wa.
wa penah pegi dulu. enjin sume bunyik cm kete kebal
Post a Comment