Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, May 21, 2009

Apa ajer isu yang kerajaan ni boleh buat elok?

Isu pengangkutan awam toksah cakap la. Memang bangang nak mampos. Benda dah bertahun tak setel-setel. Duit banyak dah abis. Setiap belanjawan mesti ada peruntukan untuk tingkatkan pengangkutan awam. Bukan sikit-sikit anak, ni cecah billion. Di ulangi billion!!

Isu mat rempit pun satu hal. Gua paham kerja polis. Korang pun geram tengok bebudak beruk atas jalan tu. Tapi kot jentik kang kena pulak gantung tugas. Dalam mahkamah peguam confirm pusing citer sampai lu balik terkangkang. Itu pasal ramai geng-geng lu tak berapa nak ambik pusing hal-hal rempit ni. Pandang je la, tapi pak menteri takkan nak pandang jugak? Ubahla dasar. Baikpulih dasar karut-karut British tu. Janganla ikut bangang sama ngan mat rempit tu..(ooppsss..Samseng jalanan)

Isu murid makin kurang ajar?? Ni pun satu. Bebudak sekarang kiblat kat tom tom bak. Besar sikit, lagi banyak pengaruh tv tahap-tahap lucah pulak keluar. Artis pulak berani keluar fatwa bukan-bukan. Mak bapak lembik. Ikut sangat kemahuan anak. Nak handphone la, motor la, kereta la.. Patutnya bagi tanah sebidang biar dia bajak tanam pisang, takpun tebu. Biar sedar langit ni tinggi rendah.. Pak menteri? Suruh sekali pegi tanam sayur-sayur kat tanah terbiar kampung-kampung tu. Duk dewan pun serupa budak-budak tom-tom bak juga. IQ tahap badak air!!!

Tak boleh ke sesuatu yang nak buat tu arah ke mendidik masyarakat. TV, radio dan suratkhabar takkan nak cerita artis telanjang je? pemain bola kantoi minum arak? Buat la canggih sikit. Tunjukla gambar mat rempit bersepai kepala ke? Artis tu ngandung anak luar nikah kena saman 2 juta ke? Budak lempang guru kena penjara 20 tahun ke?
Ni tak citer hari-hari kerajaan terpaksa naik cukai rokok, cukai pintu, cukai tingkap, naikkan tol, naikkan minyak, kerajaan tak dapat nak bendung gejala dadah, kerajaan perlu sokongan rakyat bantu kurangkan harga barang...Macam celaka. Bodoh tuli bangang punya kerja.. Songsang sesangat hasil kerja lu.

Tegur sikit kang pandai pulak cakap rakyat tak berterima kasih!! Lu tengok!!! kan bangang punya statement tu. Dah!! pejadah kita bayar cukai, bagi lu elaun macam-macam sampai ada elaun bercuti luar negeri, elaun perabot. Tak reti kerja berentilah pak menteri woi!! Pegi la buat kerja lain. Nyemak je gua tengok...

Kesimpulan, kita pun jadi bangang, confuse, sedih, geram.. Yang tak sedar adalah puak-puak yang belum kena batang hidung sendiri. Masih leka dengan keseronokan dunia. Kejar duit tak penahnye cukup. Masyarakat kita menuju akhlak barbarian.. Banyak sangat makan keli haram la gua syak!!.

No comments: