Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, May 12, 2009

Canggih sangat gerombolan. Itu sebab rakyat menyampah..

Terlalu bermuka-muka. Gerombolan silap langkah. Ini bukan tahun 90an. Segalanya ada cctv. Gerombolan silap percaturan. Ini zaman canggih. Sumber maklumat terpantas dan terkini adalah di Google. Gerombolan boleh pulak percaya laporan berita yang gerombolan sendiri tadbir. Gerombolan ke belakang. Gerombolan makin mundur.

Hari ini gerombolan keluar kenyataan. Sudah mahu meyakinkan rakyat. Gerombolan sudah terlambat. Pembangkang sudah di garisan penamat, sedangkan gerombolan baru mahu tukar seluar trek...Terlalu lambat.

Gerombolan terlalu maksum. Langsung takder kesalahan gerombolan di media. Terlalu suci. Gerombolan buat silap di situ. Mana mungkin manusia tiada kesalahan. Seakan-akan gerombolan sahaja yang pandai memerintah dan orang lain adalah bodoh..Kesian gerombolan.

Gerombolan tak perlu buat apa-apa. Gerombolan perlu kerja sahaja. Jangan usik pembangkang. Gerombolan perlu tolong rakyat. Hari-hari gerombolan kena cerita ekonomi. Hari-hari mestilah berita yang rakyat suka. Tapi bukan berita puji gerombolan..Nanti gerombolan kena ludah.

Banyak kerja gerombolan tertangguh. Gerombolan perlu mansuhkan tol, mansuhkan PPSMI, turunkan harga barang, kekang jenayah, sebat mat rempit, halang konsert lalai, tangkap orang minum arak, tangkap orang khalwat besar-besaran, kurangkan program realiti hiburan, beri kuasa guru merotan, ubah silubus penddikan yang tidak relevan, gerombolan kena damping ulama dan pakar-pakar, dll.... gerombolan kena pakai google untuk tahukemahuan rakyat.

Gerombolan kena ubah sikap dan cara kerja. Jangan terlalu elit. Gerombolan jangan pakai polis escort nanti rakyat takut dekat dengan gerombolan. Gerombolan perlu buka mata pasang telinga, tapi tutup mulut.

Susahkan jadi gerombolan....

1 comment:

HaHs said...

Lagi satu !!!

Yg paling susah ni!

Gerombolan tak boleh rasuah,
tak boleh zalim,
kena adil dan saksama,
tak boleh tipu rakyat,
Tak boleh ampu ketua
dan kidmat utk rakyat bukan kroni.

Sendiri mau ingat!!!