Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, May 12, 2009

Jin AT dan sekarang jin antusabun plak...

Klik sini nak tengok tilikan Ifrit AdukaTaruna

Seronok gua layan tilikan tok bomoh Aduka dengan Ifrit kesayangannye.. Gua terpaksa panggil jembalang gua untuk tengok balik. Tilikan Ifrit Aduka agak tak best. Ifrit dia tak makan tengahari lagi agaknya..

Jembalang gua bagitau melalui asap kemeyan yang gua bakar ni, Najib agak susah nak kekalkan status quo dia. Apa pun yang Najib buat, rakyat tengok peribadi dia terpalit pelbagai skandal yang tak diselesaikan ikut peruntukan undang-undang yang ada. So, orang akan lebih benci peribadi dia dari yang dia buat. Ni jembalang gua la cakap.

PRU13 kalau macam ni corak pemerintahan PM kita maka jembalang gua bagitau mungkin Sabah dan Sarawak boleh BN kekalkan. Tapi itupun 50-50. Jembalang gua baca lapuran MAFREl, nampak kecelaruan urusan PRK Batang Ai dulu. Nampaknya rakyat Sarawak udah mula nak swing.

Belah semenanjung senang nak agak. Johor tinggal 50-50, yang lain mungkin 70-30. Mungkin Perlis aje BN dapat. Kampung tak banyak dah tinggal. Tambah pengundi baru dan yang kat bandar balik kampung pegi terang situasi sebenar politik negara, mungkin orang tua-tua berubah fikiran.

"Kemelesetan ekonomi kerajaan tak ambil pusing, barang-barang naik harga, rasuah berleluasa, jenayah macam Amerika..Sendiri faham sudahla", ujar jembalang gua

"Tambah yang Perak punya, lagi la susah bukan bumiputera nak pusing pilih BN balik. Diaorang sekarang sayangkan DAP lebih dari MCA dan MIC. Diaorang nampak DAP macam di main-mainkan dalam game demokrasi. Sentimen kasihan pun ada jugak. Tiupan perkauman kuat sekarang yang BN mainkan"..tambah jembalang gua lagi

"Sebagai penutup kalau nak menang jugak cara terakhir, BN kena mansuhkan tol dan Najib fight balik tuduhan Altantuya keatasnya. Minyak pun kena turun seringgit lagi, barang pun kena turun kow-kow punya dan....ahh banyak la kerja Najib sekarang" marah jembalang gua kat gua lalu menghilangkan diri di balik asap rokok daun gua..

2 comments:

wikipedia said...

Ifrit, also spelled efreet, also ifreet, afrit, afreet (Arabic: ʻIfrīt: عفريت, pl ʻAfārīt: عفاريت), in Islamic mythology, are a class of infernal jinn, spirits below the level of angels and devils, noted for their strength and cunning. An ifrit is an enormous winged creature of fire, either male or female, who lives underground and frequents ruins. Ifrits live in a society structured along ancient Arab tribal lines, complete with kings, tribes, and clans. They generally marry one another, but they can also marry humans. While ordinary weapons and forces have no power over them, they are susceptible to magic, which humans can use to kill them or to capture and enslave them. As with the jinn, an ifrit may be either a believer or an unbeliever, good or evil, but he is most often depicted as a wicked and ruthless being.

Antusabun said...

Ngko cite apa ni bai?