Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Wednesday, May 27, 2009

Ada lagi puak-puak baka ganjil ni ye....

Gua rasa nak bagi penerajang terlaju beserta hikmat lempang puting beliung tahap 6 gua pada puak-puak ni. Nak panggil cacat otak kang kesian pada mak bapak dia yang penat membela. Itulah melayu. Naif dan Dhaif yang teramat la sangat...


Dua laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataannya meminta kerajaan persekutuan dan polis mengkaji semula undang-undang berkaitan perhimpunan awam di negara ini.

Dua laporan tersebut tersebut dibuat oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) di ibupejabat polis Sentul di ibunegara petang ini.

Laporan Pewaris dibuat oleh pegawai bertindaknya, Syed Mohd Firdaus Khadry Syed Abdul Aziz, manakala laporan IRIMM dibuat ahli majlis tertingginya, Mohd Hussien Abu Bakar pada kira-kira jam 2.55 petang.

Dalam laporannya, Pewaris mendakwa, kenyataan Khalid yang disiarkan media pada 26 Mei lalu, boleh menghasut orang awam berhimpun secara haram dan melanggar undang-undang, seterusnya mengancam kestabilan politik dan masyarat di Malaysia.

Sementara itu, dalam sidang akhbar bersama selepas itu, presiden IRIMM, Amir Hamzah membaca kenyataan membantah sekeras-kerasnya kenyataan khalid supaya dikaji semula undang-undang berkaitan dengan perhimpunan awam di negara ini.

Beliau menyifatkan kenyataan menteri besar Selangor itu sebagai tidak berasas dan tidak boleh diterima oleh rakyat.

"Kerajaan persekutuan dan polis adalah bertanggungjawab kepada rakyat untuk membawa keamanan dan ketenteraman, supaya tidak berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.

"Mengkaji semula perhimpunan awam tidak akan membawa kepada keamanan. Ia akan membawa kepada kemudaratan dan huru-hara yang tidak menentu dan ia juga akan menggugat kedudukan ekonomi negara ini," tegasnya.


***

WOOOIIII!!!!! Takder kerja lain ke? Lu pandir ke gila? Gerombolan boleh pulak ye tapi pakatan tak boleh... Lu jadi sayap gerombolan la kalau macam ni.

Tu pasal gua cakap IQ lu tahap kambing. Lu tunjuk sangat melayu ni bodoh, padahal puak-puak lu aje yang bangang!!!!

1 comment:

Pak Oncu said...

Beb kambing gua IQ dia pun tinggi,,,,,,,,,,, ini bukan macam iq kambing tapi IQ KHINZIR,,, semua balonnnnnn,,,,,,,