Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, May 8, 2009

Pakar, mintak tolong sat

Mana pakar politik arus perdana? Mana pakar undang-undang arus perdana? Mana pakar perlembagaan yang boleh tafsir ikut selayaknya?

Gua nak mintak satu. Lu buat satu artikel penuh satu page akhbar. Lu cerita pasal kuasa speaker, hak speaker, perintah tetap, dan yang semalam tu apa pendapat lu orang? Boleh ke suruh orang luar masuk seret speaker keluar? Ceritalah apa-apa agar otak wa tak kusut..

Tolong ye!!

4 comments:

Anonymous said...

Alo bro.. pakar taraf profesor dr. aziz bari dan dr. agus pun pengkhianat bangsa x paham. tokoh sasterawan pun melayu boneka umeno x paham. blum crita tokoh2 ulama negara dan antarabangsa..aku ada semua link semua tokoh2 yg memaklumbalas isu ni. kumpul dari blog2 ilmiah. Pernah tunjuk terang dan mohon pada kawan2 baca aku pun berbicara. Memg niat untuk membantu.. segala ilmu ada. Isu boneka xda 1 pun dpt bagi aku jwapan nyata berfakta. Hanya mainan emosi bangsa. Kecohlah dlm youtube,slideshow2 boneka yg hanya tanpa kata dan fakta. Nak jadi hakim kena tgk peguam dakwa dan peguam bela. Jadi bacalah ilmu yg x kuar TV,paper. TV dan paper x minat tapi tepampang percuma je merata2. Yg x amik tau tgk tv manis gula ler.. hati2 dgn suapan tanpa dinilai. kelak akhirat kita(hakim/pengundi) yg menjawab. Apabila ku tegur korang buat tu salah berdosa ADAkah aku RADIKAL? 1 perspektif minda. Hakikat mereka yg langgar hukum adalah lebih RADIKAL!! Jgn biarkan minda x berakal,Hati mati x berasional.

Antusabun said...

Terima kasih pendapat ko...

Anonymous said...

HEBATNYA JARI DAN MULUT SEORANG CINA INI


Oleh: Maharaja Cina
(dari bypass308.blogspot.com)

Satu dunia sudah lihat apa yang berlaku di DUN Perak hari ini, biarlah masing-masing buat kesimpulan sendiri terhadap pelbagai hal, termasuk kredibiliti polis, kekebalan kuasa pemerintah,kebebalan Melayu, kebingitan Cina, pertembungan India. Indah sungguh politik antara kaum negara ini.

Saya tidak mahu ulang sebut segala yang sudah disaksikan itu, tapi hanya berminat bercerita pendek berkaitan artikel Zainal Yusof - "Berbaju hitam tanda "mati" kuasa Cina (DAP)".

Kalau tulisan itu diambil kira berdasarkan apa yang dikecohkan di DUN Perak hari, maka benarlah bahawa Melayu sedang berebut kuasa - MB BN tagih kuasa, MB Pakatan pertahan tahta. Yang India pula berebut suara, Speaker BN ditolak naik, Speaker Pakatan enggan turun. Yang Cina pula, tiada pertandingan kerana hanya seorang yang menjadikan segala yang ada hari ini.

Dialah yang bakal menjadi penyambung karier Jamal Abdillah menjaja lagu "Yang terawal dan terakhir". Seorang Cina ini telah memulakan suatu erti kehancuran kuasa Cina (DAP), keruntuhan tidak berlaku jika dia berdiri teguh atas paksinya sebagai orang yang kuat iman,berkarisma dan tahu asal-usul jawatan yang disandang.(tidak rasa teringin pun untuk sebut namanya atas permintaan rakan Cina saya)

Jangan salahkan Tuanku Sultan Perak, usah dipersoalkan kesahihan jawatan Zamry kerana tertumbangnya kerajaan Nizar bukan salah mereka. Ini kerja satu jari seorang Cina yang ditunjuk ke arah BN. Ya, hanya satu jari ini sebabkan politik Perak kucar-kacir, kerajaan Nizar bagai berak tercicir.

Maksudnya, setakat dua atau tiga Melayu main lompat tikam, kerajaan Nizar masih steady, tapi bila seorang Cina ini gerakkan jari menghala ke BN, maka muncullah satu bintang zamrud demi pembentukan kerajaan BN.

Inilah kuasa jari seorang Cina ini, dia jadi penentu kepada satu keruntuhan (kerajaan Pakatan) dan satu pembentukan (kerajaan BN) tanpa perlu bermain lompat katak. Demikianlah kesihirannya "memprorak-perandakan" suatu kemuliaan kuasa.

Itulah yang awal, apa pula yang akhir? Yang akhir ialah mematikan kerajaan Pakatan secara sah dalam DUN. Kali ini bukan dengan jari tetapi melalui mulutnya. Dengan kuasa yang ada pada jawatan yang diberikan kerajaan Pakatan, dia menyebabkan Sivakumar "dijulang, diheret, dipikul" keluar dewan sambil menyanyikan lagu "Andainya ku pergi dulu" buat semua rakan Pakatan Rakyat.

Kehebatan seorang Cina ini hanya pada jari dan mulutnya, ia bukan tahyul walaupun bunyinya seperti hanya toyol yang ada power begitu. Ingatlah pesanan Maharani -

Cina ini bermuka-muka, jahatnya tidak kenang budi
Tidak gentar buat derhaka, walau dilaknat seluruh generasi.

Anonymous said...

Maharaja Cina dah lupus...lesap ...hilang di dunia.

LUPUS