Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, May 5, 2009

Luahan semangat seorang ulama'. Namun gua pilu.

Gua membesar dengan mengenali beliau. Ulama' hebat lain banyak yang dah takder pada zaman tumbesaran gua. Beliau ini gua rasa ramai kenal. Keberanian dan kental beliau harus ditunjukkan pada masyarakat secara besar-besaran. Bukan memuja tapi sebagai menghormati. Semoga beliau sentiasa dibawah peliharaan Allah.

Gua petik kat sini terjemahan kata-kata beliau.

"Saya hanya mempunyai satu sahaja cita-cita sebelum dipanggil Ilahi. Saya kepingin sangat mahu ke Ghozzah bumi Filistin. Disana saya ingin sangat menemui tentera rejim Israel la'natullah, dan saya ingin sangat menembak mati mereka seramai yang mungkin. Dan saya tidak takut sekiranya pesawat canggih rejim Israel datang dan mengebom saya hingga berkecai, kerana saya terlalu ingin berjumpa ALLAH dalam keadaan syahid. Saya sangat cemburu dengan sahabat-sahabat saya Almarhum Assyahid Syeikh Hassan Al Banna, Assyahid Syeikh Yaasin, Assyahid Syeikh Ahmad Rantissi yang mereka semuanya dapat bertemu ALLAH dalam keadaan badan berkecai kerana syahid ditangan musuh-musuh ALLAH. Moga ALLAH mengabulkan doa dan impian saya yang terakhir ini". (Al-Qaradhawi)

*Ingat masa gua singgah kampung halaman lama beliau kat Mansurah.

No comments: