Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, May 3, 2009

Berat kerja untuk aktivis agama membina masyarakat

Betapa kita makin jauh dari agama. Hukum di tanahair tidak mendorong hidup beragama. Nilai-nilai murni tidak dipraktikkan lantaran yang punya kuasa juga main redah. Kepentingan beragama jatuh anak tangga dari segi tanda aras.

Ketika gua belajar, gua dihidang pelbagai kisah-kisah kehebatan individu-individu yang hidupnya dilandasan agama. Kisah-kisah para sahabat, tabien dan ulama'-ulama' silam satu-satu gua khatam. Sejarah Islam cukup cemerlang untuk kita gunakan sebagai rujukan mendidik bangsa. Terlalu hebat dan mudah menitis air mata. Tetapi realiti kini?

Slogan-slogan yang dicipta sekarang terlalu canggih sampai susah kita nak faham. Berbelit-belit. Boleh jadi semacam khayalan. Tugas berat buat agamawan. Terlalu berat mahu membina masyarakat sekarang.

Realiti terlalu sedih buat gua. Gua tak pandai. Gua tak kuat. Penyesalan besar buat gua...

1 comment:

BusPilot said...

Memang berat kerja aktivis agama..

Calang-calang orang memang tak dapat memikul tanggungjawab besar ini...

kita orang biasa yang tiada upaya dari segi ilmu Islam WAJIB menyokong usaha para aktivis agama.. walau ilmu kurang tapi kita boleh tolong dari berbagai segi dan cara, yang utama ialah dari segi wang ringgit...

Panggil artis perform sanggup bayar ribu ribu RM...

Panggil ustaz buat majlis ilmu, bagi tak berapa duit ajer...