Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Wednesday, April 1, 2009

132-Apa kena dengan orang Malaysia ni?

Rata-rata kalau apa juga topik pasti orang Malaysia bergaduh(Melayu khususnya).

Borak apa saja. Kalau politik lagi teruk. Boleh sampai tumpah-tumpah darah. Fitnah sana-sini. Tang bola sepak pun boleh gaduh-gaduh jugak. Siap sms malam-malam kasik provok biar tak dapat tidor. Tang agama pun jangan cakapla. Keluar aja dari team aliran mau keluar ayat kafir-mengkafir. Tang ekonomi ni agak lembab sikitla. Tapi tang ekonomi ni kalau campur sikit dengan politik, mula la gaduh balik.

Pendek kata orang kita berlainan pendapat je berkuntau siang dan malam. Citer pasal dapur pun boleh gaduh, laki bini gaduh nak makan apa malam ni. Gua syak orang melayu ni kena darah tinggi sebab ni kot. Kesimpulan yang boleh gua dapat ialah orang melayu ni tak cool. Sikit-sikit nak bertekak, sikit-sikit nak bergaduh. Macamlah pendapat dia aja yang betul.. Cikai betul.

Sudah sampai masa kita kena pikirkan jalan lain. Kebebasan bersuara dah susah nak dipraktikkan skang. Kebebasan memilih dah jadi sejarah. Salah pilih alamatnya kena kutuk sampai patah jiwa.

***

Satu je pendapat yang gua tengok orang kita agak setuju secara berjemaah. Tang Earth Hour kelmarin. Semua pikir untuk tambah zuriat, bunuh syaitan, bersenam atas katil atau tido awal dengan orang umah.

Haha.. Ini ke mentaliti kelas ketiga?



*Sekadar gambar hiasan

No comments: