Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, April 14, 2009

164-Demi Rita Rudani dan Bola Sepak yang cemerlang

Sudah sampai masanya sukan dalam negara kita ini berubah. rata-rata minat masyarakat pada aksi sukan ni pun tinggi. Lagi tinggi dari politik dan kurang sikit pada hiburan.

Kiblat negara kita ini adalah Eropah dan Amerika. Dan gua setuju kalau bab-bab sukan ni kiblatnya dihalakan ke sana. Maksud gua adalah penswastaan. Swastakan apa jua jenis sukan. Takda yang terkecuali. Tapi kalau nak dikecualikan jugak gua harap bukan bola sepak. Ini sukan paling kelakar dan paling banyak belanja serta juga peminat. Dibuktikan kes kat Kelantan hari tu.

Mungkin kerajaan tak berapa nak setuju pandangan gua tapi sila jenguk pada Badminton, bila ada Nusa Mahsuri, walaupun tak segempak mana sekurang-kurangnya ada jugak kemenangan saban tahun. Dan ada juga player yang pegang title nombor satu dunia. Dan bila kerajaan labur duit dalam sukan ini nampak la jugak berbaloi. Bola sepak?

Kita di posisi 160++ dunia dalam bola sepak. Kalau suruh gua tulis 160 negara yang atas Malaysia handal bola sepak confirm gua gagal. Dan mungkin jugak gua tak tau negara tersebut wujud dalam peta dunia. Tapi Malaysia adalah negara yang gua kira canggih. Fizikal dan sosial ala-ala Amerika tahun awal 90an tapi bola sepak ala-ala zaman firaun dan dinasti Ming di China. Jijk gua nak ulas.

Mungkin istilah guna cable takkan terjadi atau mungkin dapat dikurangkan bila diswastakan. Kuasa kepada sapa yang labur duit bukan pak menteri. Kalau main macam celaka gua pasti pelabur pun lari. Jadi nak tak nak main pasti separuh nyawa takut hilang punca rezeki. Biarlah kerajaan atau FAM urus pasal perlawanan sahaja.

Tengok saje minah yang main squays (betul ke gua eja) tu. Punyalah cemerlang. Dia berharap pada sponsor dan gomen sikit-sikit. Tapi bukan dalam akademi di tanah air. Pi lantak sama dia nak berlatih mana pun janji permainan dia superb.

***

Bola sepak? kembar? Rita Rudani?

4 comments:

Anonymous said...

gua syak..squasy lebih tepat.

abgBro said...

bro..bg gua soal kejatuhan mutu sukan di melaya ni terutama bolasepak bkn disebabkan pitih atau pelabur tapi kualiti pemain dah semakin menurun beb!

CAKAP2BOLA said...

Bola ni kalau nak kuat...semua AJK FAM dari presiden, timbalan, naib presiden semua kena buang..barulah boleh nak kuat. Presiden FAM pegang tampuk presiden sejak tahun 1984 tapi habuk pun takde. AJK semua takut nak sembah derhaka...lawatilah blog cakap2bola-cakapbola@blogspot.com

reverie said...

Aku sokong benar cadangan ekau.