Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, April 15, 2009

167-Berkuntaulah lagi wahai pemimpin ku.

Maka Malaysia berkecamuk lagi. Hari yang lepas di 3 PRK sudah pun selesai. Segala nista, maki hamun, umpat dan keji sudah berhenti. Maka sepatutnya rakyat sudah boleh menarik nafas lega. Tapi gua pasti ombak tidak akan berhenti.

Maka gembira yang bukan pemerintah bila ahli pemerintah berkuntau. Yang lepas berkuntau dengan pembangkang, hari ni pulak sesama sendiri. Maka gua naik menyampah. Gua rasa sepatutnya sudah sampai masa semua orang bekerja untuk membina negara dan juga tamadun yang diwar-warkan.

Gua dapat agak kegilaan kali ini akan berpanjangan. Sikap mempercayai antara satu sama lain akan hancur. Kerja dilakukan dengan penus sifat prejudis dan hati hitam. Bala baru sudah sampai. Yang tanggung rakyat yang atas pagar kerana dia tinggi. Kalau tepi pagar mungkin selamat kerana sudah lama bersedia atas apa jua kemungkinan.

Media langsung tidak boleh harap. Dibacakan berita seumpama lelongan bidadari syurga. Sangat manis dan menggiurkan. Maka kita terpesona dan terbuai indah. Percaya bulat-bulat berita karut tersebut. Gamaknya generasi akan datang pergi sekolah pakai baju besi.

Tak usah cakap pasal ekonomi, pasal keadilan, pasal keharmonian, pasal keamanan kalau yang memerintah sudah mahu bunuh-berbunuhan.

***

Takkan hari-hari cerita bergaduh, bangang ke apa?

1 comment:

Firdaus said...

gua dah naik loya tengok berita tv3.. cilakak betol.. baik gua tengok vcd!