Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Tuesday, April 21, 2009

177-Jangan ko sibuk cina yang mahu jadi baik, kau tu yang perlu cermin diri

Kasta aktivis yang paling rendah di Malaysia ini adalah aktivis agama. Aktivis ini selalu kena carut dan kena maki. Ia realiti. Ngajak orang pegi surau pun dah kena daring semacam. Puak aktivis ini hanya akan berlingkar sekadar dalam ruang lingkup mereka sahaja. Yang canggih sikit boleh masuk tv. Itu pun purata tak leh lawan Nabil punya rating. Gua tak dengar aktivis agama dapat Nissan Sylphy atau barang kemas harga sampai 150k dek kerana jasa mereka jadi aktivis ni.

Situasi ini adalah yang paling kronik dalam negara. Ramai pak menteri yang berkuasa terlepas pandang. Walhal mereka ini punyai kuasa untuk memaksakan penerangan masalah rohani umat bersumber al-Qur'an dan as-Sunnah.

Lantaran apa yang buatkan puak-puak aktivis ini menentang sekular hanya mereka punya hujjah yang jitu. Hujah mereka ini tak terpampang di media perdana. Tapi kontra untuk mereka yang menghiasi saban hari di ruang akhbar. Menyedihkan.

Arah ke akhirat sudah semakin memuncak. Tandanya seperti yang nabi bersabda kian jelas. Si bangang jahil agama terus-terusan membina dakyah sesat memesong ummat. Siapa mereka ia tanggungjawab kita untuk menilai.

Slogan mahu kembali kepada al-Qur'an sekadar retorik. Hukum-hukum boleh pulak pakai separuh-separuh. Sapa ajar?. Kalau nikah mahu pulak rujuk pak imam. Mentekedarah riba' rasuah langsung pulak si bangsat ini tidak mahu ambil pusing.

Bahasa ala-ala bangsat seperti ini jadi kecaman. Sepatutnya ia perlu indah dan mempersona. Bukan bahasa celaka seperti ini. Haha.. Sudah 1400 tahun la wahai binatang!! Perlu apa lagi bahasa pujangga. Mati kamu besok mahu pulak berkapankan putih. Dasar tidak tahu malu!!

Siapa si bangsat ini? Haha.. Kita semua la. Selagi tak mau bayar kifarah!!

2 comments:

Unknown said...

Apa nak katakan lagi. Terlalu ramai yang menjadi dajal sukarela sekarang.

Apakah mereka juga ingin menjadi calon sukarela ke Neraka?

Anonymous said...

alahai bro, nikah tu kono jumpo tok imam pun pasal undang undang...

kalau tak kerana undang undang tak payah nikah pun takpo diorang... tak nikah kang kono tangkap dongan poncogah kang la pulak...

atau kalau ado nikah caro online pun lagi sonang kat diorang...

botul la ekau cakap... amik ugamo sotongah sotongah ajo... mano halo untung amik, yang mano agak agak kono kek batang idung lempar jauh jauh...