Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Sunday, April 19, 2009

172-Kritik aje. Puji gua tak reti.

Kelmarin gua lepak Marriot. Lepak-lepak kat lobby lepas dinner member telefon tanya nape blog gua asik bantai kerajaan dan nape tak puji kerajaan langsung? Gua cakap kat dia susah nak cakap dalam telefon. Nanti kita jumpa dan bincang. Sebab gua tau dia pakai telefon berprabayar. Nanti gua takut awek dia marah bila kredit habis. Secara autonya nanti gua kena bambu ngan awek dia. Naya gua.

Gua malas nak ulas dalam blog gua ni sebab gua malas. Penat nak taip. Cuma yang boleh gua ringkaskan adalah gua punyai jiwa sebagai pengkritik. Kritikan gua rasa tak la melampau sangat. Sederhana sahaja berbanding bahana yang gua rasa sebagai rakyat Malaysia. Perasaan ini gua kongsi dengan jutaan lagi rakyat yang tidak puas hati dengan polisi kerajaan yang samar-samar, caca-merba dan berat sebelah. Gua tak salahkan kerajaan 100% sebab gua tahu ia datangnya arahan dari pak menteri yang super bangang di Malaysia ini.
  1. Bagi idea banyak yang tak bernas dan banyak yang mengarut.
  2. Pembaziran berleluasa.
  3. Statement media macam budak tadika baru dapat microphone.
  4. Takut berhujah dengan pengkritik dan pembangkang.
  5. Asyik syok sendiri bila keluar tv dan radio.
  6. Tak tau mana yang parti mana yang kerajaan.
  7. Media berat sebelah dan pengampu kerajaan 24 jam.
  8. Dll.

Benda-benda yang berlaku di atas mengundang persoalan dalam kepala otak gua. Gua tak la bangang untuk turut je apa yang tv dan radio cakap. Tuhan anugerah otak pada gua agar berfikir. Bila kecelaruan banyak berlaku gua senang amik posisi menyerang dan mengkritik. Agar jiwa tenteram dari simpan aje dalam hati, nanti boleh jadi biol.

***

Kot la PR yang memerintah Malaysia ni, gua boleh jamin lu orang yang gua akan kritik PR selepas seminggu dia memerintah. Gua takkan bagi can. Nak dengar puji-puji melangit pegi blog lain!!

1 comment:

nazz said...

Walawe.. Aku setuju sgt lah tu..bg aku sapa salah tetap salah..sapa betul tetap betul... tak kiralah siapa dier.. mengampu tak de dlm kamus..