Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Saturday, April 18, 2009

171-Legislatif dan eksekutif??

Masa gua kecik-kecik dulu gua bodoh. Mak bapak wa bebel cakap yang tu tak boleh, yang ni tak boleh. Tapi wa degil maka wa bantai gak buat mana yang dia larang tu. Sudahnya gua pedih bila kena denda. Baru wa tau mak bapak wa dia boss dan dia hukum ikut kuasa dia. Dia tak bunuh wa sebab tu luar bidang kuasa dia.

Wa dah besar sikit wa pun masuk sekolah. Pun cikgu bebel cakap mana yang boleh dan mana yang tak boleh buat bila ada kat sekolah. Kalau langgar jugak apa yang cikgu cakap tak boleh secara auto wa pun dapat rasa pedih. Pedih sebab kena hukum. Balik umah pedih lagi sebab hukuman dari mak bapak wa pulak. Sekali lagi undang-undang atas wa. Wa semakin paham. Benda ni bawak sampai ke wa sekolah asrama. Kat sana asik pedih je wa dapat. Maknanya undang-undang makin ketat. Tapi wa cool aje sebab tak buat demo..haha

Amik pulak lesen keta baru wa belajar berada kat jalanraya. Sikit punya nyampah wa sebab undang-indang jalan ni macam meragut kekreatifan gua memandu. Tapi still wa ikut sebab wa takut kena saman. Wa bukannya banyak duit. Kang nak repair keta lagi, kalau eksiden lagi..

Gua masuk kerja. Jadi cikgu. Memang penat. Kerenah bebudak buat hal bikin jiwa gua berpusing. Jadi pulak gua cikgu disiplin. Kerja marah budak aje. Ada budak tanya nape cikgu tak list peraturan mana yang tak boleh dan mana benda yang budak-budak boleh buat. Gua akhirnya buat buku undang-undang sekolah. Kaji buku undang-undang sekolah luar maka lepas seminggu siap buku undang-undang dari wa bermuka surat sampai 27. Gua panggil semua budak gua buat sessi penerangan dan soal jawap dengan murid-murid wa. Selesai satu masalah. Kes disiplin tetap ada tapi makin menurun. Sampaikan nak cari yang tak turun subuh pun azab. Wa terus auto senyum. Kerja wa jadi mudah.

Gua bertambah dewasa dan gua boleh berfikir. Ada jenis undang-undang wa tak boleh tafsir dan nilai. Undang-undang perlembagaan Malaysia, undang-undang jenayah dan undang-undang rasuah bersama politik wang. Ni sapa boleh tolong?

***

Legislatif dan eksekutif tu apa binceknye? Kiranya perlembagaan Malaysia ni samar-samarlah yer tak? Sapa setuju?

2 comments:

mountdweller said...

Orang lama macam saya pun masih pening!

KL Blue Cab said...

Rules are made to be broken.... remember...??