Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, April 2, 2009

134-Mufti Baru Di Negeri Sembilan

Dicilok dari Lobai Kampung.

Setelah hampir 3 bulan kerusi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan kosong akibat keengganan pihak tertentu menyambung kontrak Dato Mohd Murtadza b Shiekh Ahmad, hari ini Mufti Baru Dato Mohd Yusof b Ahmad dilantik menduduki jawatan tersebut. Pelbagai spekulasi dan andaian dibuat sebelum perlantikan tersebut termasuk keengganan beliau menerima jawatan yang penuh kontroversi itu. Hal ini kerana bekas mufti masih berkemampuan melaksanakan tugas tersebut.

Dato Mohd Yusof merupakan orang berpengalaman di Negeri Sembilan beliau juga merupakan ahli majlis fatwa, ahli majlis turuq sufiah dan pernah memegang pelbagai jawatan di dalam sektor kerajaan termasuk bekas Pengetua SMKA Syeikh Hj Mohd Said, Maktab Perguruan Islam Bangi. Memegang ijazah sarjana dalam bidang syariah dari Universiti Al-Azhar. Itulah antara yang diketahui LK mengenai beliau.

Kita mendoakan insitusi mufti di Negeri Sembilan terus terpelihara dari sebarang pengaruh politik kepartian sempit seperti jabatan mufti yang lain( tak tau mufti mana ) . Insya Allah. Kita doakan bersama tanpa sebarang prejudis.

Lobai Kampung : Tak mintak nak jadi tapi kalau dimintak kena jadi.

No comments: