Madrasah As-Saidiyyah

Himpunan Video dan Maklumat berkenaan Madrasah As-Saidiyyah serta Pengajian Kitab di http://pondok-rasah.blogspot.com

Juga koleksi video pengajian kitab Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Follow twitter saya @antusabun

Tuesday, April 14, 2009

165-Kalau gua kaya tahap ada duit sebanyak 1 billion ringgit

Ini cerita kalau wa ada duit sebanyak tu. Kalau takda takpelah.

Benda yang pertama wa nak buat ialah gua nak buat satu realiti tv yang bunuh semua realiti tv ngarut yang ada kat tv skang. Wa nak carik mamat atau minah yang pandai pidato sambil berpantun dan bersyair dalam bahasa melayu dan inggeris. Hadiah wang tunai sejuta serta rumah banglo siap perabot dengan tv 42 inci plasma, kereta Toyota Camry, dapat buat album atau berlakon dan kontrak kerja dengan wa setahun. Ini saja wa buat suka-suka. Tapi syarat nak masuk ketat. Kena ada kelulusan dan penampilan menarik, pandai mengaji ngan baca jawi dengan lancar, sembahyang tak berterabur kalau wa tanya. Wa jamin kurang-kurang 1 peratus budak terkangkang kat tepi jalan tu akan kembali ke pangkal jalan.

Semua orang dibenarkan masuk. Satu Malaysia tak kira apa jua kaum asalkan ISLAM. Gua akan create crew untuk carik bakat seluruh Malaysia macam AF buat tu. Iklan gila-gila kat tv, radio dan suratkhabar. Dalam Harakah pun wa buat jugak. Wa kan banyak duit.

Datang masa ujibakat pun wa bagi hadiah. T-Shirt ada tulis "Membangun bersama ISLAM" atau "saya benci politik wang" .

Hakim wa lantik Najib, Anwar ngan Adlin Aman Ramli. Ok tak?

***

Maksud wa, wa nak tarik keluar satu bakat orang ISLAM la. Ok tak idea wa?

Ini hanya posting merehatkan minda. Maklumlah negara kita tengah kecamuk skang.

2 comments:

Jack O Lantern said...

Untuk juri jemputan mingguan plak, 1 kali mau panggil Nancy Ajram la..... baru best..... ya sheikh...
hahaha...

apei said...

adlin aman ramli aper dia tau?