Al-Qur'an bagi wa memang satu mukjizat. Ramai gila orientalis ngaji Qur'an lalu dia masuk Islam. Hebatnya Qur'an sampai sekarang takda sorang pun ahli pujangga dapat tiru hatta satu ayat. Sebagai orang Islam kita seharusnya bangga. Rasulullah dulu berdakwah takda pulak dia larang orang kafir ni baca Qur'an. Tak kiralah kafir harbi atau dzimmi. Moga-moga dengan baca Qur'an jiwa mereka dilimpahi hidayah untuk mendekati Islam seterusnya memeluk Islam. Kalau dia nak putar kita ada 14 mufti bersedia untuk turun medan perang. Jangan risau. Mesir pun ada 1 je mufti. Bermakna agama Islam di Malaysia terkawal rapi. Haha...
Tapi ni ada kisah pelik..
Lima orang dari Barisan Bertindak Perpaduan Melayu di ketui oleh Osman Abu Bakar telah membuat satu laporan polis di IPD Taiping.
Laporan ini dibuat ke atas YB Nga Kor Meng (Adun DAP Perak) kerana membaca ayat Quran.
***
Gua dah cakap, orang Malaysia memang ajaib!!
Untuk pengetahuan Encik Osman, al-Qur'an dikaji oleh semua bangsa dan agama diseluruh dunia. Hatta di Cambridge, MIT dan juga Oxford. Apatah lagi di Bandung Indonesia dan juga di Filipina. Juga di Peranchis dan Belanda. Beribu universiti seluruh dunia ada simpan al-Qur'an untuk kajian para sarjana dan pelajar mereka. Bermakna al-Qur'an teramatlah universalnya. Terjemahannya juga melangkaui beratus bahasa. Bermakna en. Osman terpaksa buat jutaan laporan polis di IPD Taiping bagi menunjukkan prihatinnya en. Osman pada al-Qur'an.
Nak tanya en. Osman la. Tajwid dah khatam?. En. Osman rujuk sini ye
8 comments:
haha..orang tu tolol tu mujahid..wei masok la blog aku..
~teru teru bozu~
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Mufti Perak pun di pergunakan oleh media BN untuk menjatuhkan hukum salah bila orang kafir membaca surah Al Quran .Sungguh sedih negeri perak mempunyai seorang Mufti yang mudah keluarkan fatwa .Kita orang berugama islam sepatutnya mengajar sebutan nahu atau membetulkan taksiran maksudnya.Moga2 orang kafir pegang teguh kata2 Allah SWT dan moga2 orang kafir menjadikan Al Quran sebagai pegangan hidupnya . Ini tidak terus saja menghukum . Betul ke? islam terlalu ekstrim .( Orang kafir di larang sebut nama Allah atau orang kafir di larang baca Al Quran ) Moga2 Mufti Perak di buka hatinya seperti hati Nabi Muhammad SAW di bersihkan oleh Allah SWT . Mufti Perlis yang terdahulu dah lepaskan jawatannya . Dan beliau telah masuk (sambung) belajar kembali . So bila lagi Mufti Perak nak masuk belajar atau mendalami keilmuan perihal islam.
tanye en osman dah masuk jawi belum?
oit..nape sebut nama masyhur aku? tak XPDC la macam ni..
Araya:AlQuran adalah untuk semua umat (universal). Jangan nak menyempitkan skop AlQuran. Ramai sarjana barat memeluk Islam setelah mengkaji AlQuran.Pengalaman aku menghadiahkan terjemahan AlQuran kepada rakan Non Muslim..walaupun belum menerima Islam tapi sikap/fahaman beliau terhadap Islam semakin baik. Kepada En Osman, jangan cuba utk menjauhkan non muslim kepada Islam...
Encik Osman ni kelakar orangnya
Man "Kambing" Bakar.... tak caye...??? tengok janggut dia....
Encik Osman saja-saja nak menakutkan orang bukan Islam,bimbang mereka akan menyokong perjuangan Islam.Habislah perjuangan batilnya.
Post a Comment