Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, April 17, 2009

169-Suara yang tidak seimbang pada remaja dan orang muda

Gua maklum. Muda-mudi sekarang agak kurang prihatin soal politik. Dek sebab kurang prihatin maka suara remaja dan orang muda semacam tenggelam. Senario ini boleh mengundang celaka. Bala makin mendekat.

Hari-hari boleh cerita isu semasa. Semasa maksud gua adalah ke arah hiburan dan keseronokan. Filem bohsia pun nak keluar. Haha..Jahanam!!

Gua menyeru pada semua orang muda, kita tenggelamkan suara-suara orang tua. Kita punyai tenaga yang lebih walau stamina tak lama macam orang tua tapi tu boleh adjust. Bukan apa, politik adalah alat untuk kita cipta masa depan yang lebih sempurna dan generasi akan datang. Lu tengok anak-anak lu semua dan muka orang rumah lu dan lu genggam azam untuk berikan mereka masa depan yang lebih sempurna. Kita bersuara dan menjerit agar semua ahli politik tersentak dan kecut perut. Barulah perencanaan negara seimbang dan tidak berpihak macam sakai.

Lu tak paham? Lu perlu belajar perlahan-lahan. Tapi lu jangan bosan dan muak dengan politik macam lu muak dengan artis sekian-sekian. Lu bertahan dan keras sikit. Suarakan idea yang lebih cemerlang untuk masa depan negara. Pasti hasilnya manis. Percayalah!!

3 comments:

Anonymous said...

insha ALLAH, sy takkan jd ignorant. tp byk lg nak kene blaja ni

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
ZMS said...

Salam

Pendapat u memang ok masalahnya pendapatan mereka ok ke?