Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, April 10, 2009

157-Rasuah, maksiat dan juga bala??

Gua tengok analisa AWANI. Berapa pakar di jemput. Bincang tentang kekalahan team pemerintah. Tak berapa nak puji team pembangkang sebab menang. Yang gua naik meluat sebab gua tak berapa nak faham yang mereka cakap. Tinggi sangat level mereka. Sampai gua naik menyampah. Rasa macam nak tengok Astro ceria pulak.

Gua sebagai rakyat punya jawapan mudah. Sehabis mudah la gua rasa. Jawapannya sebab pemerintah terlalu elit dan rakyat semakin kasihan. Yang sensitif pasal kesusahan hidup adalah kaum India dan China. Mereka bergantung banyak pada perniagaan. Melayu? Ia tetap leka dan hanyut dibuai hiburan. Kerana hiburan yang di TV adalah 90% ceritanya tentang orang melayu. Gua rasa kalau ada AF versi Cina atau India, mereka mungkin leka jugak. Itu yang gua faham la.

Rasuah? Mentaliti orang Melayu tentang rasuah adalah pelik. Mungkin nilai rasuah hanya RM50 kot. Orang Melayu lemah dalam bab ini. Rasuah bagi gua lagi jahat dari mencuri dan merompak. Kerana ia melibatkan hak. Apa yang kita faham dan kita cukup maklum ialah penguasa negara ini adalah rasuah. Gua bukan tuduh tapi ia cukup maklum. JPJ, polis, alam sekitar, pencekup maksiat dan segalanya adalah berkiblatkan rasuah. Gaji standard memang tak cukup. Ini kerajaan kena ambil perhatian. Sebagai contoh lu nak banteras pelacuran kat KL. Ini kerja cukup gila. Kongsi gelap dah pegang. Cukup susah nak banteras. Silap-silap nyawa melayang. Jadi nak buat macam mana? Dari nyawa melayang atau tergugat baik terima duit kopi. Jadi masalah takkan selesai. Kita tetap begitu jugak. Kerajaan kena siapkan mereka. Pakai topeng kalau perlu serta kereta kebal. Banteras informer mereka dalam pasukan. Cukup banyak kerja. Ini semua pemimpin punya kerja. Kita akan beri kerja sama demi negara tercinta.

Agama? Ini jugak masyarakat agak kurang peka. Kita dikecohkan Malaysia Dreamgirl. Gua tengok pun agak celaru. Sudahnya mufti kena bantai. Mufti bila bias pada politik partisan ia jadi masalah. Nak tegur takut hilang jawatan. Jadi ia tetap terpulang pada pemerintah yang menguasai gelanggang. tetap pak menteri punya beban. Belum lagi kita kira yang bersepah lain. Isu tutup aurat, nombor ekor, judi, arak dan segala bala yang berlegar di sekeliling orang Melayu ngaku ISLAM dalam negara ini. Mana budak timur tengah? Siang-siang gua tengok dah kena kitai. Disusahkan bebudak tu belajar, takda biasiswa, takda kerja dan segalanya. Kita sedih dan kecewa namun apa kita boleh buat?

Jangan tuding pada pembangkang. Mereka juga pasti ada buat silap. Tapi mereka hanya boleh menyalak aja. Mereka tak boleh arah penguasa atau agamawan supaya buat kerja. Mereka jadi penstabil dan pengkritik macam gua. Gua dulu tak kisah sapa memerintah. Tapi apa yang kita dapat. Beban cabaran kesusahan dan penderitaan makin terasa. Maksiat berleluasa dan gua takut datang bala. Masa tu nak cakap apa?

***

Bila pemerintah banyak buat silap, yang salahnya rakyat jugak. Sapa suruh angkat mereka?

2 comments:

Anonymous said...

tak tahu bagaimana nak beritahu betapa setujunya diriku kepada hujah2 anda!

aku said...

sabun ajaib ada tak? blh cuci BN..aku pun takut bala bro...