Esok rakyat 2 bukit 1 batang akan mengundi. Harapan pada mereka amat tinggi sebagai penanda aras kepada pemimpin selepas genap setahun sebulan pemerintahan selepas PRU12. Harapnya penilaian rakyat 2 bukit 1 batang semakin cerdik. Harapnya berfikiran jauh.
Semua orang telah bekerja. Demokrasi telah berjalan. Yang cerdik sudah nampak kepincangannya. Sekarang terserah anda untuk letakkan keputusan. Anda hakim. Hakim rasionalnya adalah bijaksana.
Wahai rakyat 2 bukit 1 batang, saya ini bukanlah sesiapa. Saya bukan yang punyai kuasa. Saya juga seperti anda. Inginkan Malaysia yang lebih baik. Itu sahaja.
No comments:
Post a Comment