Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Wednesday, April 1, 2009

133-Hanya satu pandangan dari antusabun

Ramai orang kata yang rakyat Malaysia ni baik hati, prihatin dan lemah-lembut. Yang kata Melayu mudah lupa pun ada (pejadah). Kadang-kadang gua setuju jugak dengan kenyataan tu. Walau kita dibebani dengan pelbagai cukai, tol, harga barang mahal, gaji ciput dan macam-macam lagi benda merepek yang diatur kemas oleh pak-pak menteri yang berkuasa namun rakyat Malaysia tetap tenang dan bahagia. Jadi jangan sesapa cuba untuk melaga-lagakan mayat..ops silap! masyarakat yang berbilang kaum ni. Kita selaku rakyat berasa bangga dengan apa yang kita nikmati. Keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi ni tiada di tempat lain.

Kita perlu kekalkan kesejahteraan ni buat generasi akan datang. Latih dan didik penuh dedikasi dan bentangkan cabaran untuk mereka seawal darjah satu dengan belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Ini untuk jangkamasa panjang, ia penuh dengan keberkatan dan kebaikan.

Persaingan untuk mereka kita teruskan lagi dengan memberikan mereka hiburan tanpa batasan agar mereka tidak mengalami kejutan budaya jika berada di dalam masyarakat yang semakin maju dan bertamadun di dalam atau di luar sana. Tunjukkan segala jenis maksiat dan palat untuk mereka dan anggap ia sebagai ujian untuk test (uji) keimanan mereka. Tak cukup lagi jemput lagi syaitan-syaitan besar dari negara luar untuk memantapkan lagi benteng keimanan mereka di dada (bukan buah dada).

Agama letak tepi kerana jumud. Ulama' perlu dinilai kembali kerana ramai yang menyertai politik. Ia salah secara mandatori. Politik dan agama mesti berpisah!!

Ketika mereka di alam berdikari, teruskan dengan cabaran yang lebih besar. Didik persaingan dengan segala macam jenis cable dan rasuah agar mereka menghargai peluang yang ada didepan mata. Moga dengan rasuah yang di berikan akan menjadi satu anak tangga untuk mereka meninggikan tahap motivasi dalam diri.

Lancarkan slogan "Jaga tepi kain sendiri" secara besar-besaran agar masyarakat dan generasi akan datang lebih bersifat mementingkan diri sendiri demi menjaga privasi dari diceroboh atau atas nama hak-hak kemanusiaan. Persetankan masyarakat berjemaah kerana ia memang leceh. Amerika contoh terbaik untuk dijadikan teladan. Mereka maju dengan sifat-sifat ini.

Akhirnya duit yang tersimpan sekian lama dalam bank atau pasaran saham disedekahkan pada Amanah Raya Berhad. Jangan diwariskan pada anak cucu kerana ia lebih mengundang kepada perpecahan. Duit itu boleh diguna buat jalan atau aset kerajaan masa ekonomi jatuh.

***


Harta pusaka RM42 bilion belum dituntut (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 1 April - Sejumlah RM42 bilion wang tunai dan aset milik individu yang telah meninggal dunia kini masih dalam simpanan Amanah Raya Berhad kerana tidak dituntut oleh waris-waris mereka.

No comments: