Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Monday, April 6, 2009

144-Baru wa tau wanita pertama negara wa satu negeri dengan wa.

Gua sangat berharap agar pemimpin baru wa sensitif. Dia baru naik, dia boleh buat sesuatu agar semua rakyat menyanjungi beliau. Tidak perlu risau tentang masalah dalaman beliau. Rakyat akan mudah lupa kalau dia buat sesuatu yang menguntungkan rakyat. Contohnya:

1.Turunkan cukai kereta import dari 300% ke 30% sahaja agar wa boleh pakai Nissan Skyline R34 GTR dengan senang hati.
2.Turunkan harga minyak lagi ikut janji yang beri subsidi 30 sen seliter agar wa tak berpeluh masa pakai GTR nanti.
3.Turunkan lagi tol atau mansuhkan terus agar boleh GTR wa naik highway pegi balik kerja. Takderla wa masuk jalan lama lagi setiap kali nak balik kerja.
4.Turunkan juga harga barang perfomance kereta agak wa boleh modified tahap gaban keta GTR wa nanti.
5.Turunkan jugak harga barang-barang makanan asasi agar wa boleh makan nasi time lunch hour kat opis. Pejadah pakai GTR kalau masih lagi pekena meggi.
6.Turap jalan elok2 kat pekan-pekan seluruh Malaysia agar chassis GTR wa tak lari takpun takyah gua alightment tayar wa setiap bulan.
7.Saman kasi turun RM30 untuk speed trap dan RM300 bagi yang bawak slow tahap 30km/j. Susah wa nak potong kalau dah beratur macam keretapi kat jalan Labu tu. Lambat nanti nak sampai umah.
8.Kasik cepat sikit highway arah ke Kuala Pilah. Bukit putus tu hampir dah nak terputus dah wa tengok. Lagipun orang umah lu kan asal sana. Jangan buat malu kampung ye!!.

Sekian dari wa a.k.a pencinta GTR

***
p/s Walaupun lu buat semua yang diatas wa tetap tak jamin PRU13 lu menang. Itu lu kena tanya permintaan orang lain pulak ye..hehe



6 comments:

mrblind said...

peh..GTR? jangan lupa gua nak tumpang nanti..

Datsun Buah Kana said...

Esok kalau lu beli Skyline GTR tu belilah 3 biji terus... sebiji lu pakai, lagi dua bungkus lah buat spare..... kah kah kah.... lariiiii....

Antusabun said...

mrblind..Lu nak suruh wa antar anak lu pegi tadika pun boleh..

Datsun..Itu dah kira kufur nikmat dah tu..haha

fikiranlicin said...

gua terketawa pulak dengar lucu lu ni....anyway lancer gua pun kene gak terlibat dalam hal ni kan? hahaha

Antusabun said...

fikiranlicin..a'ah la. silap2 lanccer lu harga kancil je

Anonymous said...

boleh la upgrade seekor kancil dan seekor kelisa kepade seekor beetle lepas ni