Maka bila kamu ingin jadi pemimpin maka kamu kiranya sudah bersedia untuk berkhidmat. Sama juga kamu ingin jadi petani, kena bersedia untuk berjemur dan berpanas. Kiranya ada risiko untuk kamu. Jika tak mahu risiko tak perlu untuk kamu hidup.
Blog adalah medium yang terbaik bagi kami sebagai pengkritik. Kami tidak punyai peluang melampirkan isi hati kami di mana-mana media dalam negara. Hatta surat pembaca dalam akhbar juga penuh dengan pengampu kamu. TV dan radio apatah lagi. Ini semua kami lakukan demi mahu menyuburkan demokrasi. Suara hati kami perlu kamu dengar wahai pemimpin ku sayang!!
Maka kamu memerintah dan kami bekerja di atas dasar-dasar yang kamu cipta. Walaupun dasar yang kamu buat tahap yang tidak masuk akal, kami tetap perlu lakukan. Kamu pemimpin dan kami yang dipimpin. Atas dasar demokrasi maka kamu perlu dengar dan juga pertimbangkan segala rintihan dan kritikan kami.
Ia mudah dan simple. Namu kamu makin jauh dari kami. Kamu tenggelam dengan suara pengampu kamu. Mereka yang mampu bayar kamu dan yang mampu sediakan segala keperluan kamu. Maka kami?. Kami hanya terima bala. Kami di tutup mata, hati, mulut, tangan dan kaki untuk berfungsi.
Jika ini berterusan maka kamu perlu ubah sistem kamu. Kamu perlu buang jauh-jauh demokrasi dari negara ini. Maka kamu punyai hak untuk tutup internet ini. Hak-hak manusia perlu kamu buang jauh-jauh. Realiti ini sudah sebahagian dalam sistem demokrasi kamu. Percayalah!!.
Aku tidak mahu cerita tentang pengampu kamu. Mereka jijik bagi ku. Mereka terus-terusan menyanjung dasar kamu walaupun sudah menyimpang dari norma-norma kehidupan. Aku ambil contoh mudah..TOL!!
Penat sudah yang sebelumnya bersuara. Bersengkang mata menajamkan akal untuk menaip memorandum semata-mata mahu serahkan pada kamu. Namun ia sia-sia.
Aku tidak mampu berfikir apa ada dalam kepala otak pengampu kamu. Mereka juga ada yang papa dan melarat. Namun terus-terusan menyokong kamu dan untuk apa?.
Jangan kamu kira kritikan aku ini tanda aku tidak bersyukur. Aku kritik kerana masih ada ruang untuk diperbaiki sistem kamu. Bukan untuk aku tapi untuk generasi yang akan datang. Bila mana aku dan kamu sudah tidak bernyawa.
No comments:
Post a Comment