Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Friday, April 3, 2009

138-BerPee Emm kan baru kita skang.

Puas dah menjerit, puas dah berlaporan polis, puas dah berdemo, puas dan memorandum, puas dah tangisan, puas dah cercaan, puas dah segala itu ini namun kini kita sudah ber PM kan baru. Yang lama jadi sejarah. Moga-moga tak jadi sampah. Yang baru meniti sejarah moga-moga tak di maki seranah. Apa yang boleh di harap, kita cuma berharap. Moga tak berulang yang sudah-sudah.

Kita perlu terus. Jadi penegur yang baik. Jangan leka dan alpa. Jangan kita hanya jadi pak angguk sahaja. Maruah juga perlu dijaga. Perlu dinilai dan dikritik sentiasa. Pujian hanya perlu atau kadang-kala.

Perjuangan takkan selesai hingga sampai bila-bila. Ada penerus generasi akan datang untuk teruskan. Generasi kini perlu di didik sebaik mungkin. InsyaAllah.

Alhamdulillah, penat dah berteka-teki dan meracau jiwa namun kini ia terjawab.

***
Dato' Seri, anda bekerjalah demi negara dan agama.
Bukan harta dan juga nama,
Kelak dikubur akan ditanya,
Mana satu jasa mana satu bala......

1 comment:

Anonymous said...

kita ni sentiasa berharapkan. tapi selalu kecewa. pemimpin sudah tak lagi macam dulu la

Harapkan pagar