Perkongsian spontan tanpa kredit



Follow twitter saya @negaramerdeka

Thursday, April 23, 2009

185-Seorang negarawan yang kian jatuh menjunam ke bumi.

Misterinya orang tua ni satu Malaysia tahu. Sebab kenapa ia berperangai sedemikian hanya bloggers sekalian boleh cari jawapannya. Orang kampung sesaja lepak kedai kopi akan gagal.

Beliau seorang negarawan. Dipuja dipuji seisi masyarakat. Pengkritik tegar dan seorang yang sempurna kononnya. Ramai berangan untuk jadi seperti beliau. Berada di puncak tahta selama yang boleh.

Kini beliau jadi kasihan. Tiada siapa yang peduli. Namun beliau masih dapat tempat di media perdana.Mengucar-kacirkan masyarakat. Langsung tidak boleh tengok orang senang. Tak tahu bila beliau akan diam.

Beliau adalah pelupa. Segala jasanya seluruh Malaya tahu dan separuhnya sudah dilupakan. Segala jasa baiknya kini hilang bagai debu. Beliau kini kosong. Kosong kerana apa? Kosong kerana beliau kini terlalu banyak bercakap. Bercakap merapu-rapu yang buat orang menyampah.

Zaman kekuasaanya ramai ke Kamunting kerana jadi pengkritik. Gua tertanya bila pula beliau mahu merasa. Agar dirinya sebaris nasionalis di seluruh dunia. Terpenjara kerana berjuang demi bangsa dan tanahair.

Jangan di tanya gua siapa beliau di hati gua!!

***Iklan***

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini.

Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu.

2 comments:

Unknown said...

Dia ni sudah nyanyok atau memamng merapu dek kifarah dosa-dosa lalu.

Anonymous said...

dua dua tak boleh pakai...si tua nyanyuk dan si botak dari perak... infact, seluruh kabinet tak boleh pakai... boleh buang kat lubang di bkt pelanduk nu.....

~antu ahwah~